Jumaat, 24 Jun 2011

BAB 1: KONSEP NEGARA

DEFINISI ‘NEGARA’
ialah sebuah wilayah yang didiami oleh sekumpulan penduduk, mempunyai sempadan,dan ditadbir oleh sebuah kerajaan.

Satu komuniti masyarakat yang mempunyai monopoli menggunakan kekuasaan secara sah dalam sesuatu wilayah. (Max Waber)

Suatu masyarakat @ komuniti yang mendiami sebuah kawasan @ wilayah secara tetap &diperintah oleh sebuah kerajaan.

ciri-ciri umum negara ialah:
i. Sempadan/wilayah yang tetap dan jelas.
ii. Mempunyai penduduk yang tetap.
iii. Mempunyai kerajaan yang teratur.
iv. Mempunyai kedaulatan- berupaya menentukan halatuju dan nasib bangsa sendiri.

• Malaysia sebagai sebuah negara
• Merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13 buah kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya).

Ciri-ciri negara Malaysia:
i. Pemerintahan demokrasi.
ii. Masyarakat berbilang kaum.
iii. Mempunyai sempadan.
iv. Bebas daripada pemerintahan asing (berdaulat).
v. Mempunyai perlembagaan,agama,bahasa dan kebudayaan sendiri.


Ciri Lain:
• Perlembagaan
• Agama rasmi
• Bahasa
• Ideologi

Simbol Kenegaraan:
• Bendera
• Lagu Kebangsaan
• Jata

SISTEM KERAJAAN
• Kerajaan merujuk kepada badan atau institusi yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran dan pemerintahan negara.

• Kerajaan terdiri daripada 3 komponen iaitu:
a) Badan Perundangan/Legislatif.
b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.
c) Badan Kehakiman/Judisiari

• Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan untuk:
i. Menjalankan urusan pentadbiran dan
ii. Menguatkuasakan undang-undang.

Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif /Badan Kehakiman:-

BADAN FUNGSI
Perundangan Menggubal Undang-Undang
Eksekutif Menguatkuasa dan melaksana undang-undang dan melaksana dasar-dasar awam.
Kehakiman Mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman.

SISTEM KERAJAAN
Antara sistem kerajaan utama ialah :
a) Konfederasi
b) Kesatuan
c) Persekutuan

KONFEDERASI
• Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan “Kerajaan Negeri”.
• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi.
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa terhad.
• Sistem kerajaan ini wujud atas dasar perjanjian yang longgar antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
• Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini.

KESATUAN
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan Negeri.
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
• Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat.
• Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand dan Indonesia.

PERSEKUTUAN
• Mengikut sistem ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara.
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam perkara-perkara tertentu.
• Lazimnya, Kerajaan Pusat bertnggungjawab dalam perkara umum seperti pertahanan, kewangan, pendidikan, hal-ehwal luar dsb.
• Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan sebagainya yang tidak perlukan keseragaman.
• Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat dan Perancis.

JENIS-JENIS KERAJAAN
• Terdapat pelbagai jenis kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia.

Jenis Kerajaan Ciri-Ciri Contoh
Monarki
-kuasa penuh di tangan raja.
-raja kata putus
-Tiada parti politik
-warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan
-pentadbiran dijalankan oleh kaum kerabat atau sultan
# Brunei Darussalam , Arab Saudi, kuwait

Autokrasi
-diperintah oleh individu / badan politik berkuasa mutlak
-pemerintahan secara kejam dan kekerasan untuk kekalkan kuasanya.
# Cuba dan Korea Utara.

Totalitarian
- Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya.
- Mempunyai banyak tanah jajahan.
- Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.
-Pemimpin berkuasa mutlak.

Sosialis
-bersifat kemasyarakatan (utamakan rakyat berpendapatan rendah).
-Hak perseorangan tidak dipentingkan tetapi milik negara.
# Algeria, Laos

Republik
-ketua negara ialah Presiden.
-Tiada raja yang memerintah.
-mengamalkan demokrasi
#Amerika Syarikat, Filipina

Komunis
-Semua anggota masyarakat sama dari aspek sosial.
-Tidak percaya wujudnya Tuhan.
-Menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan.
-Ekonomi dimiliknegarakan.
#Korea Utara

Demokrasi Berparlimen
-Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
-Setiap rakyat mempunyai persamaan hak.
-Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
-konsep ‘kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat’
-mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
#Malaysia dan Thailand.

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
• Diperkenalkan oleh Charles de Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis dalam bukunya “The Spirit of Laws”.
• Doktrin ini merujuk kepada pengasingan atau pembahagian kuasa pemerintahan antara:

a) Badan Perundangan (Legislatif).
b) Badan Eksekutif (Pentadbiran).
c) Badan Kehakiman (Judisari).

Tujuan Pengasingan kuasa ialah untuk :
i) Menyelaraskan pentadbiran dan perundangan.
ii) Mengelakkan pemusatan kuasa pada institusi atau individu tertentu.
iii) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA
• Malaysia sebagai negara demokrasi berpalimen dan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia (mengikut Fasal 9), terdapat pembahagian kuasa antara :
a) Kerajaan Pusat
b) Kerajaan Negeri
c) Kerajaan Tempatan

• Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ditetapkan mengikut Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

• Doktrin Pengasingan kuasa bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa, namun di Malaysia,Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara yang mempunyai kuasa ketiga-tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

• Pembahagian kuasa antara Badan Prundangan/Badan Pentadbiran (Eksekutif)/Badan Kehakiman:

Badan Perundangan (Legislatif) Badan Pentadbiran (Eksekutif) Badan Kehakiman(Judisari)
• Peringkat Persekutuan- Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
• Diperingkat Negeri-
dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri.
• Berperanan menggubal undang-undang. • Persekutuan- Kabinet (Jemaah Mnteri) – melaksanakan dasar-dasar kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri,Kementerian,Jabatan,Agensi dan badan awam
• Negeri – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
• Berperanan merumus dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. • Persekutuan dan Negeri – Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan, Makamah Khas serta badan pengadilan/ Tribunal.
• Berperanan :
• Menyemak undang-undang.
• Melaksanakan keadilan.
• Membatalkan undang-undang.

• Kuasa Eksekutif terbahagi kepada :
a) Kerajaan Pusat – diketuai oleh Yang Dipertuan Agong
b) Kerajaan Negeri – diketuai Sultan/Raja/Yamtuan Besar / Dipertuan Negeri

• Badan Pentadbiran terdiri daripada :
a) Kerajaan Pusat – Kabinet (Jemaah Menteri) yang diketuai oleh Perdana Menteri.
b) Kerajaan Negeri – MajlisMesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar / Ketua Menteri.

• Badan Perundangan diberi kuasa oleh Parlimen kepada Peguam Negara untuk memelihara kebebasan kehakiman dalam hal-hal perundangan.
• Badan Kehakiman berfungsi melalui Peguam Negara untuk menasihati Jemaah Menteri atau menteri-menteri tentang soal undang-undang.
• Di Malaysia, tidak ada mana-mana satu badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membentuk, melaksana dan mengadili sesuatu undang-undang.
• Pembahagian kuasa berlaku antara Badan Perundangan/ Badan Pentadbiran (Eksekutif)/ Badan Kehakiman

• KESIMPULAN
• Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memahami dan menghayati struktur pentadbiran negara dari peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan supaya kedaulatan negara dapat dipertahankan.

1 ulasan: